Quantcast
Channel: fahmi ibrahim dot com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Ucapan itu satu tanda…

$
0
0

Ucapan itu satu tanda buat aku. Umur semakin meningkat. Jadi banyak perkara yang perlu dibereskan. Hari ini aku menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 24. Persoalannya baru 24 tahun atau sudah 24 tahun. Kalau fikir masa depan, fikir anak bini (akan datang) memang aku akan fikir aku dah 24 tahun. Kalau fikir nak enjoy memang la ‘baru’ 24 tahun.

24 logo

Dalam 24 tahun ni apa yang dah aku ada?

Aku ada kerjaya yang tetap dan berpencen – ya menjadi seorang guru yang di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengajar di pedalaman ni ada cabarannya, macam la kat bandar jugak tapi aku dapat kat Kampung Sebako ni syukurlah semua orang Islam, tapi bukan melayu la, Melanau.  Semua sekali 6 kelas, 1 kelas, 1darjah. Dalam kelas tu ada yang bijak ada yang tak tahu membaca. Rugi la aku rasa kalau yang tak tahu membaca tu terus tak tahu membaca, sebab saiz kelas kecil je, 8-10 pelajar setiap kelas. Jadi banyak masa boleh diperuntukkan untuk setiap pelajar. Tapi semua tu bergantung kepada pelajar jugak kan. Kalau disuap pun tak nak buka mulut apa lagi boleh buat. Apapun yang penting cikgu kena bersungguh dulu baru anak murid ikut bersungguh.

Aku rasa jadi guru ni belum cukup untuk aku. Aku perlu buat perkara lain untuk meluaskan lagi kehidupan aku, keluar sikit dari bidang pendidikan kanak-kanak. Aku terjun ke bidang lain. Perniagaan.

Perniagaan aku ni ada juga ciri-ciri macam cikgu. Tapi cikgu dalam bidang pengurusan berat badan dan nutrisi. Nak mudah orang cakap cikgu untuk turun berat badan. Sebut macam ni memang ramai yang berminat dengan aku, ye la rakyat Malaysia ni kan lebih 60% adalah lebih berat badan. Tu tak termasuk yang BMInya ideal tapi kalau scan lemak berlebihan. Teruk-teruk. Alhamdulillah hari ni aku dapat ‘hadiah’ hasil perniagaan aku ni. Duit masuk hari ni tak disangka-sangka. Sedang elok la gaji tak masuk-masuk lagi dan aku pun dah nak kering. Boleh la buat belanja balik semenanjung minggu depan nanti. Dan memang bertepatan dengan konsep rezeki datang dari Allah dan tugas kita hanyalah berusaha. Jadi teruskan berusaha, dan tawakal dengan ketentuannya. Allah tak zalim, dia Maha Adil. Kalau hari ni tak dapat menuai hasil mungkin esok, lusa atau bila-bila yang hanya Dia sahaja yang tahu bila masa yang terbaik untuk kita. Sape yang nak turun berat tu boleh contact aku ye.

akad-nikah

Umur dah meningkat. Orang pun dah bising-bising tanya bila nak dilangsungkan perkahwinan. Adeh! Nak kawin tu senang, akad nikahnya tak sampai satu minit pun tapi prosesnya banyak dan memeningkan. Mana nak fikir pasal keluarga, wang hantaran dan berlanja kawin lagi. Tuan punya badan dah lama menunggu. Bukan tak nak ye. Tapi masih lagi merancang dan meneliti apa yang patut dibuat dulu. Lagi pun kita ni jauh terpisah. Sorang mengadap Selat Melaka, sorang lagi mengadap Laut China Selatan. Apa yang boleh aku cakap sekarang ni… Sabar dulu ye! Smile 

Lebih senang kalau dah kahwin nanti ada aset kan. Buat masa sekarang ni kereta bukan lah satu keperluan. Nak pergi sekolah aku jalan kaki je. Senaman tu, walaupun jarak sekolan dengan kuarters tak sampai 100 langkah. Yang terbaik adalah tanah atau rumah. Ada jugak terfikir nak beli emas. Apapun harap-harap dapat pulangan diakhir nanti.

Tu saje dulu untuk malam ni. Tapi sebelum tu terima kasih buat semua kawan dan kenalan kat facebook tak kira dari sekolah rendah, junior dan senior kat KOSPINT, IPG KKB, cikgu-cikgu sekolah dan tak lupa rakan blogger, yang ucap selamat hari lahir untuk aku. Ramai yang wish kat wall facebook tu. Lebih 50, (ramai la tu kan dah lebih dari 3 orang). Moga aku selamat dan dimurahkan rezeki dan semoga Tuhan bagi kesejahteraan untuk korang semua.

Jumpa lagi entri baru. Doakan aku rajin-rajin update blog ni ye.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Winx Club para colorear


Girasoles para colorear


Loro para colorear


Vacas para colorear


Dromedario para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Love Quotes Tagalog


RE: Mutton Pies (mely)


El Vibora (1971) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC